Gaun Pengantin Jaclyn Victor Jadi Bualan Netizen - “Cantik & Nampak Lebih Sopan…”

26 May 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Majlis perkahwinan penyanyi Jaclyn Victor dengan pasangannya iaitu pensyarah, Calvin T Samuel yang berlangsung pada malam Ahad menarik perhatian netizen.

Nampak sopan 

Apa yang menjadi perbualan netizen adalah gaun pengantin yang dipakai oleh juara All Stars Gegar Vaganza yang kelihatan cantik dan sopan.

 

“Jaclyn yang bukan Islam pun pakai sopan saja. Ini yang Islam kalau boleh nak bagi nampak semua.

 

“Tahniah, cantik dan nampak lebih sopan.

 

“Tahniah, nampak tak bukan Islam tapi pakaian masih nampak sopan… cantik dia,” komen beberapa netizen di laman sosial.

 

Tiada angin tiada ribut, Jaclyn Victor selamat kembali bergelar isteri kepada pensyarah, Calvin T Samuel.

Biarpun tidak mengumumkan secara rasmi, beberapa rakan selebriti sempat berkongsi momen indah yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Ahad.

 

Jac, 48, mengenakan gaun serba putih dipadankan dengan Calvin yang menyarung sut tuksedo berona sama.

 

Selain Shila, hadir sama pada majlis berkenaan ialah Datuk Ramli MS, Tomok, Nikki Palikat, Marsha Milan, Siti Nordiana, Anuar Zain dan Hael Husaini.

 

Untuk rekod, Jac pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi berasal dari Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014 namun bercerai lima tahun kemudian.

 

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8.