Gauri Khan Tinggalkan Komen Lucu Lihat Posting Seksi Shah Rukh Khan Tidak Berbaju 

Entertainment
28 Sep 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar dari Instagram Shah Rukh Khan

Sejak Datuk Shah Rukh Khan memuat naik pautan gambarnya tidak berbaju di Instagram miliknya pada Ahad lalu, ia telah menjadi trending dan viral. 

Rata-rata peminat berpendapat bahawa bintang Bollywood kesayangan mereka yang berusia 56 tahun itu nampak begitu ‘hot’, seksi dan muda dengan badan yang begitu tegap, sasa dan berotot. 

Malah, beberapa bintang Bollywood muda seperti Tiger Shroff dan Bhumi Pednekar juga turut meninggalkan komen pada pautan gambar yang dimuaknaiknya itu. 

Isterinya, Datin Gauri Khan juga turut meninggalkan komen yang membuatkan ramai yang membaca tertawa. 

Shah Rukh menulis di dalam kapsyen tentang perbualan dengan bajunya. 

Jadi, Gauri memberikan komen: Oh! Tuhan… Sekarang ini dia bercakap dengan bajunya pula… 

Shah Rukh memuat naik gambar tersebut sebagai suatu cara untuk mempromosikan filem baharunya yang berjudul Pathaan. 

Sebelum ini, Shah Rukh muncul sebagai cameo dalam Brahmastra dan bakal muncul sebagai pelakon utama filem Pathaan arahan Siddharth Anand bersama Deepika Padukone dan John Abraham. Filem itu dijangka ditayangkan pada 25 Januari depan. – Getaran, 28 September 2022