“Gaya Hidup T20” – Duduk Kondo Mewah Tapi Mohon Bantuan Zakat, Ini Nasihat ‘Pedas’ Baitulmal MAIWP

2 Sep 2022 • 12:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial Facebook semalam apabila laman rasmi Baitulmal MAIWP mendedahkan mengenai sebuah keluarga yang memohon bantuan zakat namun hidup mewah apabila mereka dikatakan menghuni kediaman mewah yang disewa dengan nilai RM3,300 sebulan.

Dalam hantaran yang kemudiannya menjadi buah mulut netizen itu, keluarga itu ada memohon zakat namun tinggal di kondominum mewah yang berlokasi di Sentul.

Difahamkan, keluarga tersebut memberi alasan tinggal di rumah mewah berkenaan atas sebab keselesaan dan keselamatan keluarga selain lokasinya yang berdekatan dengan sekolah anak.

Hasil dapatan maklumat yang diperoleh, rumah tersebut disewa dan bukannya rumah pusaka mahupun ehsan untuk tinggal secara percuma daripada orang lain.

Menjengah ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen tampil meninggalkan respon yang pelbagai mengenai isu tersebut.

image is not available

Sumber : Facebook  

Berikutan itu, pihak Baitulmal MAIWP tampil memberi nasihat agar mereka yang mempunyai masalah kewangan dan kesempitan hidup untuk ‘mengukur baju di badan’ dan menyesuaikan gaya dan cara hidup dengan pendapatan masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 jam lalu

(VIDEO) "Tak Ada Timbang Rasa" - Ibu Lumpuh Seluruh Badan Terpaksa Diusung Ambulans Untuk 'Renew' Kad Bank