MAIWP Dapat Aduan Keluarga Susah Perlukan Zakat, Tapi Rupanya Tinggal Di Condo RM3k Sebulan?

Entertainment
1 Sep 2022 • 1:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman sekarang ni memang ramai yang susah, kadang-kadang tu duit gaji pun tak cukup nak survive sampai hujung bulan.

Bagi yang betul-betul tidak berkemampuan, ada pelbagai saluran yang boleh menghulurkan bantuan seperti zakat dan sebagainya.

Macam baru-baru ini, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (MAIWP) melalui Facebook rasmi telah memuat naik status mengatakan yang pihaknya telah mendapat aduan awam mengenai sebuah keluarga yang memerlukan bantuan zakat.

Ekoran ini, Skuad Jejak Asnaf telah pergi menjejaki keluarga tersebut dan setibanya di rumah keluarga tersebut, mereka terkejut melihat tempat tinggal yang boleh dikatakan mewah.

Secara praktikalnya sesebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan tidak akan mampu menghuni kediaman mewah sedemikian.

“Kebanyakan daripada mereka memberikan alasan untuk tinggal di tempat berikut adalah disebabkan faktor keselesaan dan keselamatan keluarga selain lokasinya berdekatan dengan sekolah anak.”

ASNAF PERLU BERSEDIA UNTUK MENURUNKAN GAYA DAN CARA HIDUPBertindak atas aduan awam yang diterima, MAIWP menerusi Skuad…

Posted by Baitulmal MAIWP on Wednesday, August 31, 2022

Malah, hasil maklumat yang diperolehi juga mendapati bahawa rumah yang didiami oleh keluarga ini juga bukannya rumah pusaka mahu pun menerima ehsan tinggal percuma daripada orang lain tapi melalui kaedah sewa bulanan.

Hasil carian di internet juga mendapati, sewa kediaman menerusi gambar yang dimuat naik oleh MAIWP ini juga boleh mencecah hingga RM3,000.

image is not available

Dalam posting yang sama, MAIWP turut menasihatkan orang yang terkesan dengan kesempitan hidup supaya bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup dan sesuaikan di antara keperluan dan kehendak.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.