Gaya persalinan serba putih, Ziana Zain terima ucapan tahniah

19 Feb 2024 • 10:42 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Gara-gara mengenakan persalinan serba putih, penyanyi popular Ziana Zain terima ucapan tahniah dalam kalangan netizen.

Ia susulan tindakan seorang jurumekap artis, Bobo Cinta memuat naik dua keping foto penyanyi berusia 56 tahun itu dalam bentuk video di platform TikTok baru-baru ini.

image is not available

Menerusi video pendek berdurasi enam saat itu, Ziana dilihat turut memakai veil menutupi mukanya, tidak ubah seperti pengantin baharu.

@iambobocinta

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan @zianazainofficial

♬ beautiful in white – april101990

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Tahniah kakakku,” tulis Bobo dengan meletakkan lagu Beautiful In White nyanyian Shane Filan

Kapsyen tersebut sekali gus mengundang pelbagai spekulasi netizen yang rata-rata mempersoalkan sekiranya penyanyi lagu Madah Berhelah kembali mendirikan rumah tangga.

Nak kahwin ke? Ziana Zain terima ucapan tahniah!

image is not available image is not available

Nikah dengan siapa?

image is not available image is not available

Pada masa sama, terdapat juga segelintir netizen memilih untuk memuji kecantikan wajah Ziana persis bintang Hollywood iaitu Jennifer Lopez versi Malaysia.

image is not available

Cantik macam J.Lo!

image is not available image is not available

J.Lo Malaysia ni!

image is not available image is not available

image is not available image is not available

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, ibu tunggal empat cahaya mata itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung spekulasi berkenaan.

Untuk rekod, Ziana pernah mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin pada 9 Mei 1998, namun disahkan bercerai pada 12 Julai 2018 lalu.

image is not available

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Muhammad Aiman, 25, Muhammad Ammar, 22, dan pasangan kembar, Muhammad Ariel serta Siti Nur Kaseh, 15.

Tak fasal-fasal disebabkan gambar itu, Ziana Zain terima ucapan tahniah! Doakan yang terbaik sahaja buat Kak Gee.

Sumber: TikTok @iambobocinta, IG Ziana Zain