Gayakan busana Melayu, InTeam harumkan nama negara di Festival Nasyid Antarabangsa 

WorldMusic
3 Jul 2025 • 10:35 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
InTeam harumkan nama negara

Kumpulan nasyid terkenal negara, InTeam meluahkan rasa syukur apabila dijemput untuk mengadakan persembahan di Festival Nasyid Antarabangsa (Mahrajan Al-Insyad Al-Duwali), Constantine, Algeria pada Isnin.

Bukan sahaja tampil memukau dengan persembahan lagu-lagu nasyid ikonik, InTeam juga menarik perhatian ramai apabila tampil menggayakan busana tradisional Melayu sebagai identiti seni dan budaya Malaysia.

InTeam harumkan nama negara

image is not available

image is not available

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah!

“Semalam (Isnin) menjadi detik bersejarah buat kami apabila berjaya menutup pentas Mahrajan Al-Insyad Al-Duwali (Festival Nasyid Antarabangsa) di Constantine, Algeria dengan satu persembahan yang menggetarkan jiwa.

“Laungan ‘Ya Hanana’ kami disambut penuh semangat oleh ribuan penonton yang bukan sahaja terpukau, malah bangkit meminta agar kami mengulanginya sekali lagi.

“Suasana dewan bergema dengan selawat dan qasidah, mencipta getaran rohani yang sukar digambarkan dengan kata-kata,” ujar InTeam dalam sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Festival Nasyid Antarabangsa

image is not available

InTeam mendunia!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa bangga dengan detik bersejarah InTeam yang berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia.

image is not available

Teruskan berkarya

Sementara itu, ramai menzahirkan ucapan tahniah kepada Inteam atas kejayaan tersebut dan berharap mereka terus berkarya dalam dunia nasyid.

image is not availableimage is not available

Dalam pada itu, InTeam berharap lagu-lagu nasyid dapat terus menyatukan hati umat serta merentasi sempadan bahasa dan budaya tanpa mengira bangsa.

Sumber: Instagram @Official InTeam