Kecewa tak dapat tiket konsert, MB Selangor nyanyi lagu Inteam -“Sudilah berikan saya dua…”

LocalEntertainment
11 Jun 2025 • 11:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari jadi perhatian ramai lepas video dia nyanyi lagu Setanggi Syurga oleh kumpulan nasyid Inteam mula tular di media sosial.

Rupa rupanya Amirudin kecewa sebab tak sempat beli tiket Konsert Kasih Kekasih oleh kumpulan nasyid popular yang dianggotai Mohd Syahril Abdul Khalid Muhammad Hazamin Harun Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman.

MB Selangor nyanyi lagu Inteam

Tapi Amirudin tak putus asa. Dia siap post video nyanyi lagu Setanggi Syurga di akaun Threads miliknya sambil buat rayuan terbuka kepada Inteam.

“Saya hafal tau lagu Inteam. Harap Inteam sudi berikan saya dua tiket untuk saya bersama isteri menonton konsert mereka,” tulis beliau.

image is not available

image is not available

Gelagat selamba Amirudin itu mengundang pelbagai reaksi lucu daripada warga maya yang rata ratanya terhibur dan menyokong cubaan beliau.

image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available

Difahamkan, tiket konsert tersebut telah habis dijual dan mendapat sambutan hangat daripada peminat nasyid seluruh negara.

Sumber: Threads amirudin_shari