Gayakan tudung keluaran arwah, wajah adik Miza betul2 mirip Siti Sarah!

15 Jul 2023 • 2:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Video tular menunjukkan seorang kanak-kanak yang mirip dengan allahyarham Siti Sarah Raissuddin baru-baru ini telah mempertemukannya dengan bapa arwah apabila selebriti 80an itu telah bertemu secara langsung dengan kanak-kanak berkenaan.

Raissuddin Hamzah dan isteri telah mengharungi perjalanan selama 7 jam demi bertemu kanak-kanak dikenali sebagai adik Miza itu.

Gayakan tudung keluaran arwah

Terbaru, menerusi Instagram allahyarham Siti Sarah, pengendali akaun tersebut telah memuat naik video adik Miza menggayakan tudung keluaran arwah iaitu Loveta.

Ternyata wajah kanak-kanak berkenaan begitu mirip sehingga Shuib Sepahtu menulis komen mengakui sangat merindui arwah apabila terpandang wajah adik Miza.

“Rindunyaaa dia”

image is not available

“Baru faham kenapa Allah kurniakan 7 orang muka seiras”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui bahawa wajah adik Miza memang hampir sama dengan arwah dan ramai yang mulai faham mengapa sebelum ini kerap mendengar kata-kata bahawa ada tujuh orang yang wajah hampir sama dengan kita di atas muka bumi.

Ada juga yang perasan bahawa wajah kanak-kanak tersebut juga sama dengan anak-anak Shuib dan tidak pelik jika dikatakan mereka adalah adik beradik.

image is not available

Macam anak2 kandung arwah

image is not available

Tatapan untuk keluarga arwah lepas rindu

image is not available

Kalau arwah ada seorang lagi anak perempuan mesti rupa macam ni

image is not available

Kembar arwah!

image is not available

Sumber: Instagram sitisarahraissuddin