Geely Bakal Gugat Dominasi BYD? Jualan Semakin Melonjak Di China

LocalBusiness & Finance
15 Aug 2025 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Persaingan antara syarikat automotif China kini semakin sengit apabila Geely dilaporkan sudah mula ‘mendekati’ pesaing utamanya, BYD, setelah berjaya mencatatkan lonjakan jualan sebanyak 47% di pasaran Chin pada separuh pertama tahun 2025 (1H 2025).

Dalam tempoh enam bulan pertama iaitu antara Januari hingga Jun, hasil pendapatan Geely melonjak 27% kepada CNY 150.3 bilion (~RM88 bilion), menjadikan mereka pengeluar automotif kedua terlaris di China, hanya di belakang BYD dan mengatasi Volkswagen.

Pertumbuhan ini terbukti apabila perbezaan angka jualan domestik Geely dan BYD hanya 61,000 unit, iaitu jurang terkecil dalam kira-kira tiga tahun walaupun BYD turut mencatatkan peningkatan jualannya sebanyak 33%.

Untung Bersih Geely Menurun

image is not availableimage is not available

Walaupun prestasi jualan memberangsangkan, keuntungan bersih Geely merosot sebanyak 14% kepada CNY 9.3 bilion (~RM5.45 bilion) selepas pelarasan dasar perakaunan yang dibuat secara retrospektif.

Dengan penolakan keuntungan dan kerugian yang tidak berulang (non-recurring), keuntungan yang dapat diagihkan kepada pemegang ekuiti ialah CNY 6.7 bilion (RM3.92 bilion), lebih rendah daripada jangkaan penganalisis sebanyak CNY 7.6 bilion (RM4.45 bilion).

Usaha Penstrukturan Semula & Strategi Syarikat

image is not available

Geely sedang giat merombak rangkaian jenamanya dan operasi perniagaan secara besar-besaran. Antara langkah penting ialah perancangan untuk menukar Zeekr, jenama EV premium yang tersenarai di AS, menjadi syarikat swasta. Dalam masa sama, Zeekr telah membeli Lynk & Co dengan pembayaran separa sebahagian sebanyak CNY 6.4 bilion (RM3.74 bilion) kepada Geely.

Prestasi Eksport Mengecewakan

image is not availableimage is not available

Prestasi eksport kekal sebagai satu cabaran bagi Geely apabila penghantaran ke luar negara menurun sebanyak 8% kepada sekitar 184,000 unit, terjejas ekoran cukai import yang tinggi di Rusia serta permintaan pengguna yang lemah. Geely mengakui sedang berusaha mempelbagaikan pasaran baharu dan memperluaskan rangkaian pengedaran mereka.

Dalam keadaan ini, prestasi eksport Chery jauh lebih kukuh. Pada 1H 2025, Chery menghantar 544,937 kenderaan ke pasaran global, hampir tiga kali ganda jumlah penghantaran Geely, mengukuhkan kedudukan Chery sebagai pengeksport kenderaan teratas dari negara China.

Jangkaan Separuh Tahun Kedua Lebih Cerah

Penganalisis menjangkakan separuh kedua tahun ini akan lebih memberangsangkan dengan pelancaran model baharu termasuk sedan hibrid Galaxy A7 dan SUV hibrid mewah Zeekr 9X yang dijangka meningkatkan jualan Geely. Jika momentum ini dapat diteruskan bersama peningkatan keuntungan, persaingan antara Geely dan BYD dijangka akan semakin sengit dalam bulan-bulan akan datang.

Sumber: The Edge