Gegar Vaganza 11: “Alhamdulillah Akhirnya Kini Pasti Saya Menang” - Liza Aziz Syukur Dinobat Sebagai Juara

10 Feb 2025 • 12:10 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pentas Gegar Vaganza 11 melabuhkan tirai dengan menyaksikan Liza Aziz dinobat sebagai juara edisi ke-11.

Hasil kemenangan tersebut Liza telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Mendendangkan lagu I Surrender, Cinta dan Angkat  untuk segmen Battle Vanganza bersama Ning Baizura, Sheila Abdull, dan Zehra Zambri. 

“Alhamdulillah akhirnya kini pasti saya menang,” katanya ringkas.

Tempat kedua disandang oleh Ning Baizura  yang membawa pulang wang tunai RM50,000 manakala Sheila Abdull  berada di tempat ketiga membawa pulang  RM30,000 dan trofi.

Sementara itu, Dadali Dyrga memenangi tempat keempat membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 disusuli Zehra Zambri di tempat kelima yang membawa pulang RM15,000 berserta trofi.



Manakala trio dari Indonesia, The Lima meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai, RM10,000 berserta trofi.



Senarai penuh penuh pemenang Gegar Vaganza 11:



Juara: Ning Baizura


Naib Juara: Liza Aziz


Tempat Ke-3: Sheila Abdul


Tempat ke-4: Dadali Dyrga


Tempat ke- 5: Zehra Zambri


Tempat ke-6: The Lima


Ikon Super Lit CelcomDigi - Liza Aziz


Bintang Cukcoo Paling Gempak - The Lima


Anuerah Terpaling Adabi - Liza Aziz



Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.



Kesemua finalis diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.