Gegar Vaganza 11: Ambil Alih Tugas Jihan Muse, Ini Sebab Sherry Alhadad Dipilih

27 Dec 2024 • 7:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Teka-teki mengenai pengganti Jihan Muse sebagai pengacara konsert Gegar Vaganza musim 11 (GV11) akhirnya terjawab apabila Sherry Alhadad muncul di pentas sebagai kejutan minggu lalu.

 

Sherry ambil tugas Jihan

Sherry mengambil alih tugas Jihan yang kini sarat mengandung dan bakal melahirkan cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, pemilihan Sherry sebagai hos yang bergandingan bersama Nabil bakal dilihat sebagai satu gabungan unik di pentas GV11.

“Untuk Sherry, seperti yang kita tahu Gegar Vaganza mahu menjadikan satu kombinasi yang unik. Tahun ini kita berpeluang untuk membawa dua kombinasi iaitu Nabil dan Sherry.

“Gabungan yang kita belum pernah lihat lagi dan juga kombinasi mereka di atas pentas GV. Selain itu kita nak ambil peluang ini untuk mendoakan semoga urusan Jihan dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.

 

Terima maklum balas positif penonton

Dalam pada itu, Idlan berkata pengumuman Sherry sebagai pengacara dilihat menerima maklum balas yang baik daripada peminat GV11.

“Sherry sebelum ini kita pernah cuba dia untuk mengacarakan satu episod gegar vaganza di musim yang lalu sewaktu dia menggantikan Nabil.

“Waktu itu kita lihat dia ada sesuatu dan rasa macam dah tiba masa untuk cuba kombinasi ini bersama Nabil, insya-Allah. 

“Semasa kemunculan Sherry pun ada banyak komen positif yang diterima dan rata-rata suka dengan kombinasi mereka berdua.

 

“Jadi saya harap kita dapat melihat keserasian mereka di atas pentas untuk minggu seterusnya. Saya mengharapkan Sherry buat yang terbaik,” ujarnya.

 

 

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.

GV11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.

Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).