Gegar Vaganza 11: Lagu Ku Bersuara Bawa Tuah! Sheila Abdul Di Tangga Pertama, Yazid Lovehunters Pula Tersingkir

23 Dec 2024 • 12:04 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Nama bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Shiela Abdul  dinobatkan berada dikedudukan pertama untuk konsert minggu kelima.

Kemenangan itu sekali gus memberikan Sheila Abdul membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan wang tunai berjumlah RM2,000. 

Manakala Liza Aziz dan Ning Baizura pula berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga.

Tiga nama yang berada ditangga terendah adalah Arrora Salwa, Yazid Lovehunters dan Reshmonu.

Yazid Lovehunters tersingkir 

Namun nasib tidak menyebelahi Yazid Lovehunters apabila tiada lagi lagu diumumkan semasa segmen Ada Lagu, Ada Lagi.

Minggu ini Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut dimeriahkan dengan kehadiran Sherry Alhadad sebagai pengacara ketiga.
 

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.

GV11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.

Rancangan ini juga dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).