“Gegaran 20-30 saat” – Rakyat Malaysia Cerita Keadaan Terkini Selepas Gempa Bumi Di Jepun

2 Jan 2024 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sedang satu dunia meraikan tahun baru, negara Jepun dilanda musibah apabila gempa bumi dengan magnitud 7.6 skala ritcher telah menggegar kawasan tengah dan barat Jepun pada 1 Januari 2024.

Menurut Astro Awani, seorang rakyat Malaysia iaitu Mohd Syairir Abd Malek, dia sendiri merasai gempa bumi itu dan menyifatkan gegaran tersebut hampir sama dengan gegaran yang dirasai ketika Jepun dilanda tsunami besar pada tahun 2011.

image is not available
Astro awani

Bimbang terjadi lagi gempa bumi pada waktu malam

Mohd Syairir yang bekerja sebagai Pegawai Pengurusan Kanan Perhubungan Antarabangsa Echizen berkata, dia merasai gegaran itu agak lama, lebih kurang 20 hingga 30 saat. Setelah itu, siren amaran tsunami juga dibunyikan dan penduduk di kawasan itu diarahkan untuk bergerak ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.

Mengenai persediaan kami, selagi tidak berlaku gempa bumi besar seterusnya, Insya-Allah ia dapat diuruskan. Sekarang pun ramai pegawai sedang menuju ke pusat komuniti masing-masing untuk pastikan semuanya selamat.

Mujur keadaan masih lagi terkawal, mereka di sana turut bimbang jika berlaku lagi gempa bumi pada waktu malam apabila ramai sudah lebih dan lapar.

Kebimbangan utama adalah sekiranya berlaku lagi gempa bumi, sebelah malam nanti, bila semua dah letih, lapar. Jika berlaku masa itu, mungkin akan menyulitkan lagi urusan kami untuk memastikan keselamatan semua warga Echizen.

Ombak melanda pelabuhan Wajima

Menurut agensi cuaca Jepun juga melaporkan 21 gempa bumi berturut-turut berukuran 4.0 magnitud telah melanda wilayah tengah negara itu dalam tempoh 90 minit.

Susulan itu, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) melaporkan, ombak tsuami setinggi 1.2 meter telah melanda pelabuhan Wajima di wilayah Ishikawa, jam 4.21 petang (waktu tempatan). Jepun juga telah mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi di Ishikawa dan amaran peringkat rendah bagi sekitar pantai barat laut pulau Honshu.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.