Gegaran gempa bumi: Keadaan di Pulau Pinang terkawal, tiada kecederaan dilapor

16 Aug 2026 • 9:19 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Gegaran gempa bumi: Keadaan di Pulau Pinang terkawal, tiada kecederaan dilapor

Pulau Pinang kekal terkawal tanpa kecederaan selepas gegaran susulan gempa bumi 6.4 magnitud di Sumatera Utara, Indonesia

GEORGE TOWN: Keadaan di Pulau Pinang terkawal dan tiada kecederaan dilaporkan setakat malam tadi, susulan beberapa gegaran yang dirasai di negeri itu ekoran kejadian gempa bumi yang berlaku di Indonesia, semalam.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri menerima laporan daripada Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri tentang situasi beberapa gegaran yang dirasai.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) pasukan keselamatan berkaitan menerima panggilan daripada umum antara 7.23 malam hingga 7.27 malam yang menyatakan terdapat gegaran yang berlaku di sembilan lokasi membabitkan kelima-lima daerah di Pulau Pinang.

“Oleh itu, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) JBPM negeri telah dihantar ke lokasi-lokasi kejadian untuk membuat pemantauan dengan melibatkan 36 pegawai serta anggota dan sembilan kelengkapan jentera,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Chow berkata kerajaan negeri akan terus berhubung dengan pihak JBPM serta pasukan penyelamat lain bagi pemantauan dan kemas kini lanjut.

Gempa bumi bermagnitud 6.4 menggegarkan wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada petang Sabtu, iaitu beberapa jam selepas gempa bumi dengan 7.7 magnitud melanda Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur yang mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang.

Berikutan itu, gegaran selama beberapa minit turut dirasai di sekitar Pulau Pinang dan Perak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved