Gempa bumi Sumatera: P. Pinang terkawal, tiada cedera

LocalEnvironment
16 Aug 2026 • 9:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gempa bumi Sumatera: P. Pinang terkawal, tiada cedera

GEORGE TOWN – Keadaan di lima daerah negeri dilaporkan terkawal dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan susulan beberapa gegaran yang dirasai akibat gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia semalam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya menerima laporan daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, PGO menerima panggilan daripada orang awam antara pukul 7.23 hingga 7.27 malam yang memaklumkan kejadian gegaran di sembilan lokasi melibatkan lima daerah di negeri ini.

“Justeru, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) JBPM Pulau Pinang dihantar ke lokasi terbabit bagi menjalankan pemantauan membabitkan seramai 36 pegawai dan anggota.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan keadaan di semua lokasi terbabit adalah terkawal,” katanya di sini, hari ini.

Justeru tambahnya, kerajaan negeri akan terus berhubung dengan pihak JBPM serta pasukan penyelamat lain bagi memantau keadaan dan mendapatkan perkembangan terkini.

Semalam, media melaporkan gempa bumi bermagnitud 6.4 dilapor menggegarkan wilayah Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 6.54 petang Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa dikesan pada koordinat 2.9 darjah Utara dan 98.8 darjah Timur. -KOSMO! ONLINE

The post Gempa bumi Sumatera: P. Pinang terkawal, tiada cedera appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved