Gelagat Bapa Jemput Abang Delivery Beraya Di Rumah Buat Ramai Boleh Relate [Video]

14 Apr 2025 • 4:22 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap kali tibanya Hari Raya, pastinya kita akan menziarah ke rumah sanak-saudara, rakan dan sebagainya.

Tujuan untuk menziarah ini bukan sekadar untuk meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa sebaliknya ia juga digunakan sebagai momen indah untuk bertanya khabar dan saling bermaaf-maafan.

Namun apa yang menarik apabila beraya ini adalah keseronokan berkumpul dan menjemput kenalan untuk datang beraya di rumah sambil bermesra dan mencipta kenangan indah bersama.

Gelagat bapa suruh penghantar barang beraya raih perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan gelagat seorang bapa yang sempat menjemput seorang penghantar barang untuk datang beraya ke rumahnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @itsmelody003, kelihatan wanita itu menunjukkan momen bapanya yang sedang duduk di ruang tamu sambil melayan seorang lelaki yang dikatakan penghantar barangan.

Siap berbual-bual mesra layan penghantar barang sambil makan

Dalam video itu juga kelihatan penghantar bungkusan dari rumah ke rumah itu sedang duduk di atas sofa sambil menikmati makanan.

Malah dia dilihat turut berbual-bual antara satu sama lain sambil menyantuni penghantar barangan berkenaan.

“Random bapak aku ni. Abang tu datang bagi salam hantar parcel (bungkusan). Dia paksa kawan tu beraya,” ujar wanita tersebut di ruangan kapsyen.

@itsmelody003

Random bapak aku ni. Abang tu datang bagi salam hantar parcel. Die paksa kawan tu masuk beraya 🫠

♬ original sound – Antonio Altiparmak

Ramai boleh relate sebab ibu bapa juga suka jemput orang ramai beraya

Melihat di ruang komen, ramai yang meluahkan mereka juga berdepan dengan perkara sama di mana ibu bapa mereka juga sering mengajak orang luar untuk beraya di rumah.

Tidak kurang juga ada yang terhibur melihat gelagat bapa wanita berkenaan kerana dilihat selamba menjemput penghantar bungkusan untuk beraya di rumahnya.

Ada juga yang bergurau mengatakan mungkin bapa kepada wanita itu ingin berkenalan dengan penghantar berkenaan untuk dijadikan menantu dan sebagainya.

“Tok aku pun macam ni. Mak aku cerita dia jemput budak J&T mari masuk makan kebetulan mak aku buat makan-makan hari jadi mak aku. Mak aku panas lah sebab suka-suka jemput orang. Yang budak tu pun masuk terus makan tak kata apa”

image is not available

“Kita yang servis Coway ni pun ramai pelanggan ajak beraya dulu, seronok! Siap dapat duit raya”

image is not available

“Dah delayed (tertangguh) masa kawan tu nak hantar yang lain. Tapi tak apa makan percuma”

image is not available

“Serupa mak aku, kalau orang pasang Astro ke aircond ke internet ke, mak aku siap hidang nasi”

image is not available