Gelagat Comel Bayi-bayi Sertai Sukan ‘Baby Olympics’ Buat Ramai Terhibur

Entertainment
14 Jan 2024 • 11:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernahkah anda terbayang bagaimana agaknya jika bayi-bayi dan kanak-kanak bawah tiga tahun dipilih untuk menyertai acara kejohanan sukan Olympics? Mesti comel kan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di X tentang acara sukan Olimpik kanak-kanak dan ia telah menarik perhatian ramai warganet.

Jika anda nak tahu, pada tahun 2017, saluran YouTube rasmi acara sukan Olympics telah berkongsikan video ‘If Cute Babies Competed in the Olympics Games‘ untuk memberi gambaran kepada peminat sukan tentang apa agaknya yang akan terjadi jika sukan Olimpik dianjurkan khas untuk bayi dan kanak-kanak.

Dalam video itu kita dapat lihat gelagat peserta-peserta cilik dan comel itu mencuba acara-acara sukan Olimpik yang telah disesuaikan dengan kebolehan kanak-kanak.

 

Dalam video tersebut juga, dapat dilihat bayi-bayi bertanding sesama mereka dalam acara berjalan, gimnastik, angkat berat dan acara berjalan berpagar.

image is not available

Memang kelakar dan terhibur tengok gelagat kanak-kanak ni sebab budak-budak memang ada dunia mereka tersendiri dan tak semua faham dengan arahan yang diberikan.

Kadang-kadang tu pula, ketika acara sedang berjalan, perhatian peserta cilik ini pula yang beralih ke tempat lain.

image is not available

Rata-rata warganet ‘geram’ dengan kecomelan peserta-peserta cilik ini dan ramai kata yang mereka lagi tertarik untuk saksikan acara sukan ni berbanding sukan Olimpik orang dewasa.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article