Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan individu istimewa atau Orang Kurang Upaya (OKU) seperti Sindrom Down tidak sama seperti orang lain. Mereka mempunyai mood, karakter dan cara tersendiri dalam memahami sesuatu.
Meskipun mempunyai cara tersendiri namun mereka juga mempunyai perasaan dan rasa yang sama seperti menyayangi, sedih, gembira dan sebagainya.
Gelagat lelaki sindrom down gembira lihat anak buah jemput sekolah raih perhatian
Baru-baru ini tular satu video memaparkan gelagat seorang lelaki sindrom down, Mohd Saifulazri yang gembira sebaik melihat kehadiran anak buah yang disayanginya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Najwa Redzuan, awalnya kelihatan Saifulazri yang juga mesra dipanggil Pak Ngah sedang berlari keluar daripada pintu pagar sekolah sebaik melihat kereta Najwa yang menjemputnya untuk pulang ke rumah.
Siap berlari sambil bawa topi keledar dan tersenyum
Bukan hanya itu, dia tersenyum girang turut berlari sambil membawa topi keledar berwarna merah dan tersenyum gembira.
Sebaik sahaja sampai di kereta Najwa, Pak Ngah dilihat segera ke pintu belakang untuk meletakkan topi keledar dan beg sekolah sebelum duduk di tempat duduk hadapan.
Apa yang menjadi perhatian, dia turut tersenyum ke arah Najwa sambil menutup pintu.
“Kemain berlari tengok kita yang jemput dia balik sekolah. Semoga sihat selalu satu-satunya Pak Ngah,” kata Najwa dalam video itu.
Pak Ngah tinggal bersama keluarga Najwa
Menurut Najwa, Pak Ngahnya berusia 44 tahun dan bersekolah di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK Perting) Harapan Bentong, Pahang.
Jelas wanita itu, Pak Ngah sememangnya tinggal bersama keluarganya kerana datuk serta nenek (ibu bapa kepada Pak Ngah) sudah meninggal dunia.
Oleh itu, ibu Najwa yang merupakan kakak kepada Pak Ngah serta keluarga menjaganya.
“Dia (Pak Ngah) adik mak, dia orang dua beradik je. Memang Pak Ngah tinggal dengan kita orang sebab mak dan ayah dia dah meninggal,” katanya kepada BuzzKini.
Memang akrab dengan Pak Ngah, Pak Ngah selalu tunggu Najwa balik kerja
Kata Najwa, hubungannya dengan Pak Ngah sememangnya rapat malah lelaki itu akan mengadu apa sahaja perkara kepadanya meskipun mereka jarang bertemu.
Ujar Najwa, keakraban mereka itu turut membuatkan Pak Ngah sentiasa menanti kepulangannya setiap hari meskipun tahu dia bekerja di Genting Highlands.
@nr.flowerrr pakngah siapa yg mcm ni ?
♬ suara asli – Yayang AT – Yayang AT
Ramai suka tengok Pak Ngah dan doakannya
Melihat di ruangan komen, ramai yang suka melihat reaksi Pak Ngah yang begitu gembira apabila melihat Najwa menjemputnya dari sekolah.
Malah ramai yang mendoakan Pak Ngah sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan akan menyifatkan Najwa pastinya seorang yang baik kerana disukai oleh Pak Ngah.
“Kakak saya pun teruja bila adik-adik dia ambil dia sekolah. Best kan tengok syurga kita tersenyum tengok kita”
![Image from: Gelagat Lelaki Sindrom Down Teruja Bila Nampak Anak Buah Datang Ambil Dari Sekolah Raih Perhatian, Siap Berlari-lari [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/pak-ngah-1.jpg)
“Rasa sebak sangat. Hakikat yang sebenarnya kita yang tumpang tiket syurga dia. Bukan dia yang menumpang dekat kita. Semoga panjang umur ya Pak Ngah”
![Image from: Gelagat Lelaki Sindrom Down Teruja Bila Nampak Anak Buah Datang Ambil Dari Sekolah Raih Perhatian, Siap Berlari-lari [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/pak-ngah-2.jpg)
“Semoga Pak Ngah dan orang yang menjaga Pak Ngah di dalam rahmat Allah. Ceria hari saya tengok Pak Ngah senyum macam tu”
![Image from: Gelagat Lelaki Sindrom Down Teruja Bila Nampak Anak Buah Datang Ambil Dari Sekolah Raih Perhatian, Siap Berlari-lari [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/pak-ngah-3.jpg)
“Pak Ngah pun, comel ya lari-lari macam tu”
![Image from: Gelagat Lelaki Sindrom Down Teruja Bila Nampak Anak Buah Datang Ambil Dari Sekolah Raih Perhatian, Siap Berlari-lari [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/pak-ngah-4.jpg)

![[VIDEO] Terbang, panjat, berlari demi sebuah kerusi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/HARI-KEBANGSAAN-1024x634.jpeg)
