[VIDEO] Terbang, panjat, berlari demi sebuah kerusi

31 Aug 2026 • 10:43 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Terbang, panjat, berlari demi sebuah kerusi

PETALING JAYA – Demi mendapatkan lokasi terbaik untuk menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pagi ini, ada pengunjung sanggup berlari membawa anak kecil, memanjat penghadang besi yang dipasang di kawasan berkenaan serta melompat masuk ke ruangan kerusi.

Gelagat itu dirakam orang ramai dan tular di media sosial, sekali gus memperlihatkan kesungguhan pengunjung mendapatkan tempat duduk yang menjadi antara lokasi rebutan bagi menyaksikan acara bersejarah tersebut dengan lebih jelas.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan, kelihatan sekumpulan pengunjung berlari menuju ke kawasan tempat duduk sebaik ruang dibuka sekitar 5 pagi, manakala ada yang sanggup mendukung dan membawa anak kecil dalam kesibukan orang ramai.

Lebih mencuri perhatian apabila terdapat pengunjung yang dilihat memanjat besi-besi penghadang bagi melepasi kawasan tertentu sebelum mencari tempat sesuai untuk duduk.

“Demi sebuah kerusi. Keadaan di Putrajaya yang mengejutkan,” kata @Riezdon93.

Ada juga yang terpaksa meredah lautan manusia sambil membawa barangan dan kelengkapan keluarga masing-masing semata-mata mahu mendapatkan lokasi strategik.

“Kesian tengok ayah gendong anak lari-lari demi nak pastikan anak dapat view (pandangan) yang terbaik,” kata @abang_crime.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 bertemakan ‘Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati’ membuka tirai pagi ini puluhan ribu pengunjung.

Sebelum ini media melaporkan, orang ramai mula memenuhi tempat duduk penonton sejak tengah malam tadi bagi mendapatkan lokasi terbaik, manakala kawasan sekitar Dataran Putrajaya semakin sesak menjelang acara bermula. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Terbang, panjat, berlari demi sebuah kerusi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved