Gelagat Makcik Nak Simpan & Bawa Sudu Ais Krim Balik Selepas Makan Buat Ramai Boleh ‘Relate’ [Video]

20 Jan 2025 • 2:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap yang bergelar anak pasti ingin membawa ibu ayah mereka berjalan apabila mempunyai masa lapang.

Konteks berjalan pula tidak semestinya anda perlu menuju ke destinasi percutian, adakalanya membawa mereka makan atau minum petang juga sudah memadai buat insan tercinta ini.

Ini kerana apa yang penting bukanlah ke mana destinasi ditujui tetapi kualiti masa dan kenangan yang dicipta bersama-sama.

Gelagat makcik nak simpan dan bawa balik sudu ais krim jadi perhatian

Baru-baru ini seorang individu dipercayai turut melakukan perkara yang sama dengan ibu tercinta, namun gelagat wanita itu sewaktu keluar bersama menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bckupacc99 di X, awalnya kelihatan individu itu membawa ibunya ke sebuah kedai minuman untuk menikmati ais krim bersama-sama.

Dalam video kelihatan si ibu begitu asyik menikmati pencuci mulut yang dibeli sewaktu berkunjung di kedai minuman tersebut.

Namun apa yang menjadi perhatian apabila dia dilihat ingin menyimpan sudu berwarna merah yang sudah digunakan untuk menikmati ais krim berkenaan.

Anak cuba halang mak bawa balik sudu ais krim

Menyedari perkara itu, si anak cuba untuk menghalang dan mahu mengambil sudu berkenaan dari ibunya. Walau bagaimanapun, cubaannya individu terbabit tidak berjaya apabila si ibu berkeras dan dengan cepat menyorokkan sudu yang ingin diambil oleh anaknya.

Dalam video sama kelihatan dia membersihkan sudu menggunakan tisu sebelum membalutnya untuk dibawa pulang ke rumah.

“Bila kau bawa mak makan ais krim,” tulis anak itu.

Ramai terhibur dan boleh ‘relate’ dengan ibu sendiri

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkara tersebut dan memaklumkan ibu mereka juga mempunyai sikap yang sama dengan wanita berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang memaklumkan mereka menyimpan dan membawa pulang sudu itu kerana ia akan digunakan untuk menjadi sudu perasa seperti garam, gula, kunyit dan sebagainya.

Ada juga yang menyifatkan apa yang dilakukan oleh ibu individu berkenaan adalah sebagai salah satu cara kitar semula.

Menerusi semakan kami, video ini awalnya dikongsikan di TikTok sebelum menjadi tular di X.

“Macam lapuk kan pemikiran dia orang, tap sebenarnya ini lah dikata ‘reuse’ (gunakan semula).”

image is not available

“Jumpa geng sudu gula! Dulu-dulu kumpul sudu IIao IIao”

image is not available

“Mak kita pun macam tu kalau nampak sudu tu menarik terus simpan buat untuk gula tak pun garam.”

image is not available

“Mak aku pun sama! Sudu IIao IIao, sudu mixue (simpan).”

image is not available

“Hm mak aku simpan sudu IIao IIao, dia kacau kopi akhirnya cair.”

image is not available

View Original Article