
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Umum mengetahui kes culik membabitkan kanak-kanak bukan perkara baharu malah saban hari ada sahaja kes kehilangan anak kecil dilaporkan berlaku di seluruh dunia.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan ibu bapa, guru serta penjaga bimbang sekiranya ia berlaku kepada anak-anak mereka.
Oleh itu, beberapa inisiatif turut diambil dengan memberikan mereka pendedahan untuk tidak bercakap atau mengikuti orang yang tidak dikenali dan sebagainya.
Inisiatif seperti simulasi atau latihan (drilling) bukan untuk menakutkan mereka sebaliknya bertujuan untuk memberi kesedaran untuk tidak mudah mempercayai mana-mana individu khususnya orang tak dikenali.
Kanak-kanak serang cikgu berlakon konon-konon jadi penculik
Baru-baru ini, sebuah institut pendidikan awal kanak-kanak di Nakhon Si Thammarat di Selatan Thailand dipercayai turut melakukan perkara sama dengan melakukan simulasi kepada para pelajar sehingga meraih perhatian.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Salisa di TikTok, awalnya kelihatan seorang guru wanita telah berpakaian seperti seorang penculik dan menyamar seolah-olah ingin menculik kanak-kanak.
Turut kelihatan guru itu bertindak menarik seorang pelajar lelaki untuk dibawa keluar daripada tadika berkenaan.
Turut kelihatan guru itu membawa objek yang kelihatan seperti parang sambil membawa pelajar tersebut keluar ke kawasan luar bilik darjah.
Namun sewaktu sedang ‘mengheret’ pelajar tersebut keluar kelihatan guru tersebut tidak berdaya ingin mendukungnya kerana sedang memegang beberapa barangan dan membuatkan si kecil itu kemudian berada di atas lantai.

Bangun dan kejar cikgu dengan penyapu
Apa yang menjadi perhatian, sebaik sahaja terduduk pelajar tersebut dengan segera mencapai penyapu yang kebetulan berada di bawah kerusi berdekatan dengannya.
Pelajar lelaki itu kemudiannya dilihat bangun dan membetulkan kopiah di kepalanya sebelum bertindak menyerang guru yang berlakon menculiknya itu.
Malah dia turut dilihat berlari sambil membawa penyapu yang panjang itu di sekitar kawasan sekolah.
Guru tersebut juga dilihat berlari untuk menyelamatkan diri. Kanak-kanak itu dipercayai melakukan perkara tersebut untuk menyelamatkan dirinya yang mungkin berasa takut pada ketika itu.
Kelihatan seorang lagi guru turut berlari mendapatkan pelajar tersebut dan cuba menenangkannya. Gelagat spontan pelajar berkenaan secara tidak langsung turut membuatkan guru-gurunya terhibur dan ketawa sewaktu merakam video terbabit.
นาทีชีวิต! เด็กวิ่งหนีโจร❌ โจรวิ่งหนีเด็ก✅ #ครูล๊ะฮ์ #คุณครูอนุบาล #อนุบาลมะฮัดฯ #ซ้อมหนีภัย #เหตุเกิดในโรงเรียน
Ramai terhibur lihat gelagat pelajar lelaki serang cikgu yang berlakon menculiknya
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut tehibur melihat pelajar tersebut.
Tidak kurang juga ada yang memujinya kerana berani mempertahankan diri apabila menyedari diri ingin diculik.
“Tertangkap yang fighter pula”

“Penjenayah lari dikejar orang yang diculik”

“Mereka buat tutorial terus ya. Tolong Malaysia buat kelas macam ni bagi budak-budak faham kalau jumpa orang jahat”

“Paling penting kopiah tak tinggal pakai semula walau jatuh pun”


![Ramai Terhibur Lihat Lelaki Tersilap Goreng Telur Guna Pati Air Kordial [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)