Gelagat Sekumpulan Lelaki Lari Lintang Pukang Lepas ‘Usik’ Polis Peronda Buat Ramai Geli Hati [Video]

LocalEntertainment
20 Nov 2024 • 10:37 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Tak dinafikan waktu yang diluangkan bersama rakan-rakan merupakan momen yang indah, apatah lagi jika mempunyai sahabat yang mempunyai ragam yang sama.

Maka ada sahaja aktiviti yang ingin dilakukan bersama-sama, perkara ini secara tidak langsung menjadi kenangan buat seseorang apabila sudah tua kelak.

Gelagat sekumpulan pemuda cuba mengusik polis peronda raih perhatian

Baru-baru ini sekumpulan pemuda lelaki turut melakukan perkara sama apabila cuba bergurau dengan kenderaan peronda polis sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan @pdrm_official di Instagram, awalnya kelihatan kumpulan pemuda lelaki itu berada di bahu jalan dipercayai sedang mandi hujan.

Kononnya melambai-lambai ketika kereta peronda lalu

Sebaik melihat sebuah kereta peronda polis sedang melalui kawasan tersebut kelihatan salah seorang dari mereka mengibaskan bajunya ke arah polis berkenaan dipercayai sekadar mahu mengusiknya.

Sedar mengenai perkara itu, kereta peronda polis itu kemudian berhenti dan mengundurkan kenderaan ke arah kumpulan terbabit.

Melihat perkara itu, kumpulan pemuda lelaki dengan segera berlari menyelamatkan diri mungkin bimbang jika disoal oleh polis peronda berkenaan.

Apa yang mencuri tumpuan kelihatan pemuda-pemuda itu lari lintang pukang dan ada yang memecut dengan laju.

Ramai terhibur dengan gelagat pemuda lari lintang pukang bila polis peronda patah balik kenderaan

Gelagat pemuda-pemuda itu yang dikongsikan akaun Instagram PDRM secara tidak langsung telah menarik perhatian netizen yang terhibur dengan mereka.

Malah ada yang menyifatkan pemuda yang berada di belakang berlari mengalahkan Usain Bolt iaitu atlet pecut terkenal dari Jamaica.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan video tersebut membuatkan mereka terkenang kenangan ketika kecil dahulu kerana pernah melakukan hal yang sama.

“Yang belakang lari kalah Usain Bolt”

image is not available

“Polis ni tahu je budak-budak nakal.”

image is not available

“Yang belakang sekali berlari ke terbang tu, rasanya macam dah tak pijak tanah.”

image is not available

“Korang ingat korang je boleh usik orang, polis pun boleh je nak mengusik…”

image is not available