Dapat Baju Yang Tiada Dalam Malaysia, Andika Putera Kenakan Yuran Seumur Hidup RM249 Buat ‘Geng’ Old Money

LocalEntertainment
18 Nov 2024 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menjadi perhatian ramai, pengasas geng Old Money di Malaysia iaitu Andika Putera telah mengada perjumpaan atau mesyuarat bersama dengan ahli-ahli ‘geng’ tersebut buat pertama kalinya.

Perlu bayar yuran seumur hidup

Boleh dikatakan, setiap ahli kelihatan sangat teruja dapat menyertai persatuan yang diasaskan oleh pempengaruh tersebut.

Difahamkan dari video yang dimuat naik oleh Andika, setiap ahli kumpulan Old Money itu membayar yuran seumur hidup sebanyak RM249.

Dalam pada itu, pempengaruh itu memaklumkan ahli yang membayar yuran akan mendapat manfaat daripada Old Money Malaysia, termasuk baju kolar one piece yang dianggap unik.

Dapat banyak benefit sertai Old Money Malaysia

One piece collar ini sangat unik, kerana ianya tiada dalam Malaysia.

Tambahannya lagi, ahli yang mahu menjual produk mereka akan secara automatik bernaung di bawah program affiliate tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal yang besar tetapi boleh raih pulangan yang banyak dengan menyertai program yang telah disediakan oleh mereka.

Sebelum ini, Andika Putera ada memuat naik satu video dengan menyatakan diri mereka merupakan geng ‘Old Money Malaysia’ dan video tersebut telah menarik perhatian ramai, di mana rata-rata mengecam dirinya.

image is not available 1 week ago

"Geli! Sangatlah Attention Seeker" - Geng 'Old Money' Andika Putera Teruk Dikecam Netizen