Gelagat Tun Mahathir main bola dengan isteri curi perhatian warganet – “Sebak pula rasa..”

LocalEntertainment
3 Feb 2025 • 6:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri perhatian ramai ketika meluangkan masa beriadah dengan isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video tular di laman TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Pilot Darat, dapat dilihat gelagat mesra merpati dua sejoli itu sedang bermain bola senaman di kawasan lapang yang dipercayai kediaman mereka.

Tun Mahathir main bola dengan isteri

Dalam hantaran itu, Dr Mahathir mendekati isterinya yang sedang ralit bermain bola sebelum memberikannya kepada beliau. Momen manis itu turut dirakam oleh dua pembantu mereka yang berada di lokasi berkenaan.

Tun Mahathir main bola dengan isteri

image is not available

image is not available

Teruja lihat keadaan Dr Mahathir, Dr Hasmah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila melihat kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut malah, masih aktif walaupun sudah dimamah usia.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Rakyat tak akan lupa jasa Dr Mahathir

Bukan itu sahaja, rakyat tidak akan melupakan jasa serta sumbangan Dr Mahathir dalam membangunkan negara suatu ketika dahulu bahkan, sehingga kini beliau masih memikirkan masa depan tanah air tercinta.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sekadar info, Dr Mahathir dan Dr Hasmah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan ikatan kasih sayang yang mereka bina masih kukuh hingga ke hari ini.

Sumber: TikTok @Pilot Darat