Gelandangan didakwa bunuh rakan

LocalPolitics
31 Dec 2024 • 3:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang gelandangan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh rakannya yang juga gelandangan, bulan lepas.

Muhammad Aiman Abdullah, 39, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap P Saravanan, 45, di tepi jalan bawah jambatan Jalan Tun Sambathan berhampiran sebuah hotel di KL Sentral, Brickfields di sini antara 9.45 malam hingga 10.07 malam, 23 November lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 19 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved