Lelaki Ini Didakwa Sanggup Cederakan Mata Sendiri Demi Pampasan RM1 Juta!

LocalPolitics
31 Dec 2024 • 11:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Lelaki butakan mata

Seorang lelaki berusia 52 tahun, Tak Kok Guan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth atas tuduhan mencederakan mata kiri sendiri untuk mendapatkan pampasan insurans sebanyak RM1 juta. 

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dikenakan.

Menurut kertas pertuduhan pertama, dia didakwa mendatangkan kecederaan pada mata kiri di Kampung Gajah, Butterworth pada 8 Jun 2023, antara jam 9 pagi hingga 6 petang. 

Pertuduhan kedua pula menyatakan dia memperdayakan syarikat insurans sehingga berjaya menerima bayaran sebanyak RM4,153.57 pada 20 Julai 2023 di Kampung Paya, Butterworth.

Hukuman berat menanti

image is not available

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, tertuduh berdepan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, sebatan, serta denda.

Peguamnya, Yaw Xinying, memohon jaminan minima kerana tertuduh kini merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) setelah kehilangan penglihatan pada mata kiri. 

Dia juga tidak bekerja, menghidap penyakit jantung dan strok, serta bergantung pada pendapatan isterinya untuk menyara lima sekeluarga.

Keputusan mahkamah

image is not available

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Kes akan disebut semula pada 20 Februari 2025 untuk serahan dokumen dan perbicaraan lanjut.

#OhmediaNasihat

Kejadian ini menjadi pengajaran tentang bahaya tamak dan perbuatan melanggar undang-undang demi kepentingan peribadi. Sentiasa bertindak jujur dalam urusan kewangan kerana hukuman berat menanti jika didapati bersalah. Hormati sistem undang-undang untuk kesejahteraan semua.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro