Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba

3 Oct 2023 • 12:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa berjaya diselamatkan anggota bomba setelah terperangkap dalam longkang dalam kejadian di Jalan Tun Abdul Aziz, di sini pada Selasa.

image is not available
Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam longkang dalam kejadian di Jalan Tun Abdul Aziz, di sini pada Selasa.

KAJANG - Seorang gelandangan menempuh detik mencemaskan akibat terperangkap dalam longkang dengan kedalaman 2.44 meter sebelum diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Jalan Tun Abdul Aziz di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mangsa dipercayai terperangkap dalam longkang tersebut pada jam 8.24 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum menjalankan usaha mengeluarkan mangsa.

"Mangsa yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 40-an itu disedari berada dalam longkang itu oleh orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

"Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved