Tular Rakaman Detik Cemas Anggota Bomba Selamatkan Mangsa Terperangkap Dalam Longkang

3 Oct 2023 • 3:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular Rakaman Detik Cemas Anggota Bomba Selamatkan Mangsa Terperangkap Dalam Longkang

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang mangsa yang terperangkap dalam longkang di Kajang pagi tadi.

Kejadian mangsa terperangkap di dalam longkang itu turut menjadi tular di media sosial, antaranya menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Farish Kun.

Katanya, dia menyedari kekecohan yang berlaku di lokasi kejadian ketika singgah di McDonald’s Kajang yang terletak di Jalan Abdul Aziz, kira-kira 8.45 pagi.

Melihat situasi tersebut, dia kemudian bertindak merakam detik-detik dimana anggota bomba yang hadir berusaha menyelamatkan mangsa.

Bomba selamatkan mangsa terperangkap dalam longkang

Pada awal video, terdapat beberapa anggota bomba yang sedang cuba untuk membuka penutup longkang dengan menggunakan tali.

Dalam usaha pasukan tersebut untuk membuka penutup berkenaan, kelibat orang awam yang juga kelihatan di lokasi kejadian.

Sungguhpun begitu, proses untuk membuka penutup longkang tersebut berdepan kesukaran dan beberapa usaha awal menemui kegagalan.

Seterusnya, pihak bomba telah menggunakan ikhtiar lain untuk membuka penutup tersebut dengan menggunakan perkakasan milik mereka.

Melalui percubaan tersebut, penutup longkang tersebut dapat diangkat sedikit dan memudahkan proses untuk menarik penutup tersebut.

Apabila penutup tersebut telah dibuka secara sepenuhnya, mereka mendapati seorang mangsa dipercayai gelandangan berada di dalam longkang tersebut.

Mangsa tersebut dijumpai dalam keadaan berdiri dan dipercayai tidak dapat bergerak ke mana-mana. Manakala, paras air longkang tersebut mencecah ke paras pinggang menyebabkan mangsa sukar untuk memanjat ke luar semula.

Seorang anggota bomba kemudian dirakam memasuki ruang longkang dan menyelamatkan individu tersebut.

Farish Kun mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba yang menyelamatkan mangsa terbabit.

“Rupanya ada orang terperangkap dalam tu. Kesian dia. Mangsa mungkin seorang gelandangan. Terima kasih abang bomba sebab selamatkan dia.”

Sumber: Farish Kun via Facebook