Gelang emas diragut, ibu bawa dua anak naik motor jadi mangsa samun

24 May 2024 • 12:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita bergelar ibu bawa dua anak kecilnya dan membonceng motosikal menjadi mangsa samun dalam kejadian di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.

Menerusi satu perkongsian di X @update1111, wanita yang sedang membawa dua orang anaknya itu sedang menunggang motosikalnya melalui sebuah jalan.

Ibu bawa dua anak naik motor jadi mangsa samun

Pada video itu, kelihatan sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang oleh seorang lelaki sedang memecut dari belakang wanita tersebut sebelum meragut gelang tangan emasnya.

Walaupun wanita itu cuba melawan dengan menendang motor lelaki tersebut, namun usahanya itu tidak berjaya kerana penyamun tersebut berjaya melarikan diri.

image is not available

Dalam pada itu, wanita itu juga cuba mengejar lelaki yang telah meragutnya namun penyamun tersebut telah meninggalkan tempat kejadian dengan pantas.

Pada ruangan kapsyen, @update1111 menulis wanita tersebut telah disamun oleh seorang lelaki yang menggunakan motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru.

Gelas diragut, ibu bawa dua anak jadi mangsa samun

image is not available

Sementara itu, Polis Daerah Seremban telah ambil maklum berkenaan kejadian tersebut menerusi satu kenyataan dan kini sedang melakukan siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Mohamad Hatta Che Din, pihaknya telah mengesan video berdurasi 16 saat itu menerusi media sosial.

Kenyataan polis berkenaan kes ibu bawa anak diragut

image is not available

“Kejadian ragut itu melibatkan mangsa seorang perempuan yang telah diragut gelang tangan emasnya oleh suspek lelaki yang menaiki sebuah motosikal di Taman Bandar Senawang 70450 Seremban Negeri Sembilan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Hatta turut memaklumkan wanita tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan daripada kejadian tersebut.

“Usaha untuk mengesan suspek massih diteruskan. Kes disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Sumber: X @update1111, Facebook IPD Seremban