
SANDAKAN: Penduduk Sim-Sim kini dapat bermain bola keranjang dengan lebih selesa dan baik selepas gelanggang di taman permainan Sim-Sim telah siap dinaiktaraf.
Projek ini melibatkan pemasangan bumbung yang kukuh serta penyelenggaraan keseluruhan gelanggang, termasuk memperbaiki permukaan lantai, pembinaan astaka, mengecat garisan baru, dan memasang pencahayaan tambahan untuk kegunaan waktu malam.
AdvertisementProjek naik taraf gelanggang tersebut adalah menggunakan peruntukan Adun Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon.
Frankie dalam kenyataan berkata, inisiatif penaikan taraf ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediakan kemudahan rekreasi yang lebih selesa dan selamat kepada komuniti setempat.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Gelanggang bola keranjang ini bukan sahaja menjadi tempat untuk bersukan, tetapi juga sebagai ruang untuk merapatkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat setempat.
“Dengan pembinaan bumbung, ia dapat melindungi pengguna daripada cuaca panas dan hujan, sekaligus memaksimumkan penggunaan gelanggang sepanjang tahun,” katanya lagi.

