Gelar Aktivis GSF Pengganas Adalah Kenyataan Biadab! – Anwar Ibrahim

LocalPolitics
3 Oct 2025 • 5:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Malaysia menolak keras kenyataan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, yang menuduh aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan tuduhan itu sebagai biadap dan tidak berasas memandangkan aktivis flotilla membawa bekalan makanan, minuman dan ubat-ubatan, bukannya senjata.

Katanya pada Berita Harian,

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri, turut mendedahkan bahawa rejim Israel menuduh aktivis flotilla sebagai pengganas.

Media sebelum ini melaporkan Ben Gvir hadir ke lokasi penahanan aktivis, malah mendakwa terdapat bahan kimia di atas kapal flotilla. Tuduhan itu bagaimanapun dibidas netizen selepas video kehadirannya tular di media sosial.

Ketika ini, semua kapal dan peserta flotilla dilaporkan sudah dibawa ke pusat tahanan sementara oleh pihak Israel.

image is not available 2025-10-02 17:10:36

PMX Bincang Dengan Pemimpin Dunia Desak Isra*l Bebaskan Sukarelawan Malaysia