Tanda sokongan, Alha Alfa sumbang RM46,000 nekad gegarkan gelombang kedua misi GSF!

LocalPolitics
3 Oct 2025 • 9:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa tampil menghulurkan sumbangan bagi menyokong misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) selepas menerima panggilan daripada aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri.

Menurut Alha, dana tersebut diperlukan sebagai persediaan sekiranya pasukan terbabit memerlukan khidmat guaman selepas ditahan tentera Israel ketika menjalankan misi bantuan ke Gaza, semalam.

“Semalam Tuan Nadir telefon saya, mereka memerlukan sumbangan tambahan untuk bayaran guaman atau kalau duit guaman sudah lepas mereka nak buat Sumud Flotilla gelombang kedua. Yang lebih besar,” katanya menerusi hantaran di aplikasi Thread.

image is not available

Alha Alfa sumbang RM46,000

Maklum beliau, hasil jualan langsung yang dijalankan di YouTube malam tadi berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM46,000 dan kesemua wang itu akan disalurkan kepada pihak berkenaan.

image is not available

image is not available

Alha turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong produknya sehingga dana tersebut berjaya dikumpulkan.

“Saya jadi sangat teruja dan tak sabar. Yang sertai sesi siaran langsung saya di YouTube malam tadi, walaupun sekejap, kami berjaya kumpul RM46,000. Jadi, semua wang tersebut kita akan serahkan ke sana.
“Syukur dan terima kasih semua. Namun, usaha ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Saya nak usahakan yang lebih besar supaya banyak lagi dana akan terkumpul,” ujarnya.

Sumber: Threads alhaalfa