Rumusan Artikel
Rita Rudaini meluahkan rasa kurang senang terhadap isu pembayaran nafkah anak.
Rita mendakwa individu berkenaan cuba menonjolkan dirinya sebagai pihak yang “terpaling bayar nafkah”.
Dia turut mendakwa masih terdapat hutang yang belum diselesaikan.
Rita menyentuh pengorbanan ibu dalam menanggung keperluan dan pendidikan anak-anak.
Pelakon Rita Rudaini mencuri perhatian apabila meluahkan rasa kurang senang terhadap individu yang didakwa sering bercakap mengenai pembayaran nafkah anak di media sosial.
Menerusi hantaran di Threads, Rita menyifatkan dirinya berasa geli dengan individu yang didakwa seolah-olah mahu menunjukkan dirinya tidak pernah culas membayar nafkah, sedangkan menurutnya masih terdapat perkara lain yang belum diselesaikan.

“Aku paling GELI dgn arwah2 yg acah2 sembanggg x pernah culas byr nafkah anak tp sbnarnyaaaa…..terpaling byr nafkah…depan netizen boleh laaa ‘sembangggg’ … hutang pon berderet lg maaau kencing netizen..geli lah …. #jgnmaingilalgnaku hadeeeoerrrrrr GELI”
Hantaran berkenaan kemudian mendapat respons daripada seorang pengguna yang berseloroh mengenai isu tersebut.

Menjawab komen itu, Rita turut mendakwa anak-anak berkenaan dibesarkan hasil titik peluh ibu, selain menyentuh mengenai perbelanjaan mereka termasuk keperluan harian dan pendidikan.
“Kita x kesah pon lah..dah besaq dah pon dgn hasil duit titik peluh mak dia..duit sakit demam duit pelajaran…tp jgn dok bangga terpaling rm3k zaman penjajah tu (rm3k bahagi 2) dok ratib itu ja..ank2 dia sana rm1500 ke sorg??? geli oii klau baca reply dr sana ..memalukan kaum”
Hantaran Rita itu kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya menyokong tindakan aktres itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuib Sepahtu Respon Hantaran Instagram Jep Sepahtu - "Saya Ada Baca, Takkan Ada.."
The post “Geli Dengan Arwah Terpaling Bayar Nafkah” – Rita Rudaini Sindir Individu Biar Hutang Nafkah Berderet Tidak Dibayar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





