“Gelilah Tengok..”Lakonan Qistina Raisah ‘Dalam Bilik’ Dikritik Warga Netizen

Entertainment
29 Nov 2023 • 12:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Qistina Raisah

Sebelum ini, Drama Surat Dari Tuhan menerima kecaman yang hebat berikutan dengan dialog yang dilontarkan oleh pelakon wanita, Janna Nick.

Terbaru, drama berkenaan sekali lagi menerima komen negatif daripada netizen berkenaan babak dalam bilik yang dilakonkan selebriti remaja, Qistina Raisah.

Menerusi potongan video babak yang dimuat naik oleh satu akaun dikenali sebagai ciraplaici telah menjadi topik perbualan di aplikasi X.

Rata-rata netizen berkata babak berkenaan tidak sesuai dilakonkan oleh Qistina memandangkan pelakon terbabit baru berusia 15 tahun dan masih di bawah umur.

Menerusi adegan tersebut, dia seolah-olah diperangkap sekumpulan lelaki apabila berdua-duaan di dalam bilik sebelum gambar dirinya dalam keadaan mengaibkan telah dirakam.

image is not available

image is not available

image is not available

Malah, posting berkenaan mendapat pelbagai maklum balas negatif apabila netizen merasakan watak berkenaan tidak sesuai dengan Qistina kerana usianya yang masih lagi muda untuk melakonkan watak sebegitu.

Namun begitu, jalan cerita yang diketengahkan dalam drama ini menghadirkan banyak pengajaran dan mungkin terjadi dalam kehidupan seharian masyarakat kita pada hari ini.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Dah nak masuk hari keberapa isu ni memang tengah tular berulang-ulang kat mana-mana.

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)