“Macam content Ammar Nazhan” – Netizen Terkejut Tengok Lakonan Qistina Raisah Dalam ‘Surat Dari Tuhan’

Entertainment
28 Nov 2023 • 12:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lepas, kecoh diperkatakan mengenai satu scene dalam drama ‘Surat Dari Tuhan’ yang agak kontroversi apabila Janna Nick dilihat menendang Sheila Mambo dalam menjayakan watak menantu ‘hantu’.

Kali ini, drama tersebut kembali menjadi perhatian apabila ada netizen yang mempertikaikan watak yang dilakonkan Qistina Raisah dalam drama itu yang dilihat agak keterlaluan.

Menurut posting di X, Qistina yang baru berusia 15 tahun dan masih bawah umur tersebut dilihat melakonkan watak yang agak matang apabila dipaksa oleh teman lelaki untuk berdua-duan di dalam sebuah rumah.

Walaupun sudah menolak, si teman lelaki dilihat memujuk mangsa serta menawarkan air minuman sebelum watak gadis itu dilihat pengsan dan dibawa masuk ke dalam bilik.

Sekumpulan lelaki kemudian dilihat melakukan aktiviti tidak bermoral dengan merakam gambar gadis tersebut di atas katil.

“Tak kira umur berapa pun, tetap tak sesuai dilakonkan”

Scene yang tular itu telah mendapat komen negatif daripada netizen yang merasakan Qistina tidak sesuai melakonkannya, malah ada yang mengatakan bahawa pelakon dilihat seperti dipaksa menjadi matang dari usianya.

image is not available

Sebelum ini juga, tular sebuah scene dari drama tersebut yang dirakam di Tanah Suci Mekah yang mendapat teguran Ustazah Asma’ Harun kerana dianggap agak keterlaluan.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.