Gema budaya pelajar ‘Cabin In The Woods’ warnai ambang tahun baharu

LocalEntertainment
1 Jan 2026 • 8:00 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

GEORGE TOWN – Suasana ambang tahun baharu malam tadi dimeriahkan dengan ledakan seni, budaya dan kreativiti pelajar menerusi penganjuran Malam Gema Budaya Kunyah @ Cabin In The Woods, sebuah program tahunan anjuran Sekretariat Protege.

Berkonsepkan pesta makanan dan persembahan kebudayaan, program itu turut menghimpunkan hampir 14 penggerai serta 12 persembahan pelajar yang merangkumi tarian moden dan tradisional, nyanyian solo, persembahan band serta sketsa, sekali gus menampilkan kepelbagaian bakat generasi muda di kampus.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya dalam ucapannya menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran program tersebut kerana ia dilihat mampu melatih pelajar menjadi lebih cekap dalam aspek pentadbiran dan pengurusan acara secara profesional.

Sementara itu, Pengarah Program, Akmal Azizudin menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang hadir serta barisan sekretariat yang bertungkus lumus menjayakan program berkenaan.

Penganjuran program itu turut diserikan dengan pelaksanaan beberapa sub acara seperti Senam Seni dan Wayang Pacak yang dirangka khusus bagi mengetengahkan elemen seni, warisan dan kreativiti masyarakat, selain mewujudkan ruang interaktif kepada para peserta.

Menariknya, penglibatan aktif bukan sahaja melibatkan ahli Sekretariat Protege, malah turut mendapat sambutan daripada Majlis Penghuni Desasiswa serta pelbagai badan persatuan dan pertubuhan pelajar lain, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti kampus.