“Gemersik macam arwah ibu dia” – Ramai Netizen Kagum & Sebak Dengar Anak Arwah Siti Sarah Nyanyi

Entertainment
30 Dec 2024 • 12:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi? Bakat yang ada pada arwah ibunya, Siti Sarah nampaknya telah diwarisi oleh Dzahira Talita Zahra atau lebih mesra dipanggail Dekta apabila bapanya, Shahmira Muhamad (Shub) kongsikan video anaknya sedang berlatih dalam satu kelas vokal.

Menurut Shuib, ia mengimbau kembali kenangan bapa mentuanya bersama arwah isterinya dahulu, dan kini gilirannya bersama Dekta pula.

Video Dekta menyanyikan lagu Wild Flower daripada Billie Eilish itu telah membuatkan ramai netizen termasuklah rakan artis rasa kagum melihatnya, rata-rata memuji kelunakkan suaranya dan ada yang samakan suaranya itu seakan arwah Siti Sarah Raissuddin.

“Letak sini sebagai kenangan. Sama macam Atuk dengan arwah ibu dulu. Sekarang, Daddy dan Dekta pulak. Nak request lagu apa lagi?”

Dalam masa yang sama, ramai netizen turut sebak kerana apabila mendengar suara Dekta, mereka semua merindui arwah Siti Sarah.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Untuk rekod, penyanyi Sarah Raissuddin telah disahkan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 selepas hampir seminggu bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.

Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.