Pengguna Google Gemini kini diberikan ciri baharu menukar gambar statik menjadi video bermula hari ini. Model Google Veo 3 diaktifkan pada Gemini dengan video sehingga 8 saat akan dijana lengkap dengan audio yang berpadanan. Sebelum ini video hanya boleh dijana menggunakan prom yang ditulis oleh pengguna.
Menurut Google ciri janaan video daripada gambar ini sudah boleh diakses pelanggan Google AI Pro dan Google AI Ultra menggunakan aplikasi Gemini atau versi web di beberapa negara terlebih dahulu. Malang sekali saya sudah mencubanya pagi dan Malaysia bukan antara negara ciri ini boleh diakses.
Setakat ini sebanyak 40 juta sudah dijana menggunakan Veo 3 menerusi aplikasi Gemini dan Flow. Model Veo 3 dilancarkan pada Mei lalu ketika acara Google I/O. Ia mampu menjana video pendek yang kelihatan lebih realistik lengkap dengan audio yang berpadanan,.




