Pembeli Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 Menerima Langganan Percuma Google AI Pro Selama 6 Bulan

TechnologyDigital
9 Jul 2025 • 10:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 dilancarkan malam ini, ia hadir dengan ciri Gemini serta Gemini Live yang boleh seru menggunakan butang kuasa. Bagi membolehkan pengguna dua peranti baharu ini menggunakan pelbagai model AI paling berkuasa Google, langganan Google AI Pro selama 6 bulan akan diberikan secara percuma.

image is not available

Google AI Pro ialah pelan AI Advanced yang ditawarkan sebelum ini yang memberikan akses Gemini Pro, Whisk, Veo 3, NotebookLM Pro, langganan Premium dan storan awanan 2TB. Selepas tempoh langganan, pemilik boleh memilih untuk membayar RM97.99 sebulan.

Selain AI Pro, langganan Google Al Ultra turut ditawarkan memberikan akses kepada Flow, Gemini Pro, Whisk, NotebookLM Pro, langganan Premium, storan awanan 5TB, Project Mariner dan akses kepada agen Gemini. Langganan Al Ultra ialah RM1229.90 sebulan.