Gemini Live Kini Menawarkan Sokongan Multi-Modal – Boleh Tambah Video, Gambar Dan Fail Dalam Perbualan

TechnologyDigital
23 Jan 2025 • 2:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gemini Live merupakan salah satu penawaran Google untuk kecerdasan buatan janaan mereka, dimana anda boleh mengaktifkannya dan bertanyakan pelbagai soalan dalam bentuk input suara. Pada hari ini, Google mengumumkan perluasan sokongan multi-modal kepada Gemini Live.

image is not available

Dengan langkah ini, anda boleh memulakan perbualan, dan seterusnya menambah gambar, video dan juga fail dalam perbualan berkenaan untuk menambah konteks perbualan. Seperti biasa, anda boleh bertanyakan pelbagai perkara lanjut, dan Gemini Live akan memberikan respon berkaitan.

Sokongan Gemini Live yang ditambah-baik ini diperkenalkan bermula hari ini kepada pengguna Galaxy S24, Galaxy S25 dan juga Pixel 9.