Google Menambah Sokongan Pengecaman Lagu Pada “Circle To Search”

TechnologyDigital
23 Jan 2025 • 2:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google pada tahun lepas sedia memudahkan ramai pengguna seluruh dunia melalui pengenalan ciri “Circle To Search”. Melaluinya, anda boleh mengaktifkan sokongan Google pada mana-mana skrin telefon, seterusnya melakukan gestur bulatan dalam mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu perkara.

image is not available

Untuk tahun ini, ciri Circle To Search terus diperkembangkan lagi. Salah satu ciri yang disertakan melalui kemaskini baharu ini adalah sokongan pengecaman lagu.

Dengan adanya ciri ini, anda boleh mengaktifkan sokongan Google Circle To Search pada mana-mana skrin peranti, dan seterusnya memilih fungs pengecaman suara. Google seterusnya akan mendengar seketika lagu yang sedang dimainkan, dan seterusnya memaparkan tajuk lagu berkaitan.

image is not available

image is not available

Melalui ciri ini, tiada lagi keperluan mengaktifkan aplikasi lain ketika anda sedang mendengar sesuatu lagi pada aplikasi berbeza, dan mendapatkan maklumat yang diinginkan dengan lebih mudah dan pantas. Ciri ini akan hadir terlebih dahulu kepada pengguna Samsung seluruh dunia, bermula Galaxy S25.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved