Gemini Pro Kini Boleh Diakses Pembangun Dan Perniagaan

TechnologyDigital
14 Dec 2023 • 1:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini mengumumkan model AI Gemini Pro boleh diakses oleh pembangun dan perniagaan mereka menerusi Gemini API. Pada waktu ini Gemini Pro menyokong sehingga 32,000 token konteks dengan perancangan menambahkan di masa hadapan. Sebagai perbandingan GPT-4 Turbo menyokong 128,000 token konteks. Ia juga menyokong 38 bahasa di 180 negara.

image is not available

Pembangun boleh mengakses Gemini Pro menerusi Google AI Studio sementara pelanggan perniagaan pula boleh mengaksesnya menerusi platform Vertex AI di Google Cloud. Di Google AI Studio bahasa pengaturcaraan Python, Android (Kotlin), Node.js, Swift, dan JavaScript disokong. Dengan hanya memasukkan prom, pelanggan boleh membangunkan aplikasi tanpa perlu memahami bahasa pengeaturcaraan. Pada waktu ini ia boleh digunakan secara percuma tetapi pada harga yang lebih mampu milik berbanding pesaing apabila bayaran dikenakan kelak.

image is not available

Seterusnya Google akan memperkenalkan pula Gemini Ultra yang jauh lebih berkuasa awal tahun depan. Gemini Ultra masih dalam proses ujian keselamatan dan perincian saat akhir oleh sebilangan kecil pelanggan, rakan niaga dan pembangun sebelum ditawarkan kepada pelanggan perniagaan.