Gempa Bumi 5.5 Gegar Kepulauan Ryukyu, Jepun

20 Sep 2026 • 8:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Gempa Bumi 5.5 Gegar Kepulauan Ryukyu, Jepun

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 magnitud melanda Kepulauan Ryukyu, Jepun petang Ahad, namun kejadian itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi berkenaan berlaku pada jam 3.28 petang, dengan koordinat 28.4 darjah Utara dan 129.4 darjah Timur.

Pusat gempa dikesan kira-kira 293 kilometer timur laut Naha, Jepun, pada kedalaman 53 kilometer.

Sementara itu, Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) pada awalnya melaporkan gempa berkenaan berukuran 5.5 magnitud dan berlaku kira-kira jam 4.28 petang waktu tempatan.

Menurut EMSC, pusat gempa pada ketika itu berada kira-kira 16 kilometer barat laut Naze, pada kedalaman 23 kilometer.

Tiada laporan awal mengenai kematian, kecederaan atau kerosakan harta benda susulan kejadian itu.

Bagaimanapun, EMSC kemudiannya menyemak semula kekuatan gempa kepada 5.1 magnitud berdasarkan data terkini, yang turut meletakkan pusat gempa kira-kira 14 kilometer barat Naze pada kedalaman 69 kilometer.

“Insiden ini tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut MetMalaysia. - Getaran, 20 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved