Gempa bumi: Bank Dunia salur bantuan RM7.71 bilion bantu Turkiye

10 Feb 2023 • 4:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

WASHINGTON, 10 FEB: Bank Dunia mengumumkan bantuan baharu sebanyak AS$1.78 bilion (RM7.71 bilion) untuk Turkiye bagi membantu negara itu pulih daripada gempa bumi kuat yang melanda baru-baru ini, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

“Bank Dunia hari ini mengumumkan bantuan sebanyak AS$1.78 bilion untuk membantu usaha bantuan kemanusiaan dan pemulihan berikutan gempa bumi dahsyat dan gegaran susulan di Turkiye yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan besar…,” lapor Sputnik memetik kenyataan itu.

Bank Dunia itu juga akan memulakan penilaian kerosakan untuk mengenal pasti kawasan yang memerlukan bantuan untuk pembinaan semula.

Bantuan segera berjumlah AS$780 juta akan ditawarkan kepada Turkiye melalui Contingent Emergency Response Components dan tambahan AS$1 bilion sedang disediakan untuk menyokong mereka yang terjejas akibat gempa bumi.

“Bagi pihak Kumpulan Bank Dunia, kami merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Turkiye dan Syria atas kehilangan nyawa yang anda alami akibat gempa bumi dahsyat itu,” kata Presiden Kumpulan Bank Dunia David Malpass dalam kenyataan itu. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved