Gempa bumi Batu Pahat: Gegaran dirasai empat negeri, Putrajaya dan Kuala Lumpur

22 Sep 2026 • 10:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Gempa bumi Batu Pahat: Gegaran dirasai empat negeri, Putrajaya dan Kuala Lumpur
Gegaran akibat gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 yang berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada jam 4.55 petang Selasa dirasai di empat negeri, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Foto Facebook MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Gegaran akibat gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 yang berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada jam 4.55 petang Selasa dirasai di empat negeri, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor serta kawasan sekitarnya.

Menurut MetMalaysia, pusat gempa bumi berkenaan berada di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 27 kilometer di barat daya Batu Pahat.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan itu dan memohon invididu yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan dapat mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/srRv7tUEPow3Wmts5. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved