Gempa bumi Colombia: PM ucap takziah

11 Aug 2026 • 4:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gempa bumi Colombia: PM ucap takziah

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia merakam ucapan takziah kepada rakyat Colombia susulan bencana gempa bumi dahsyat yang disifatkan terkuat sejak beberapa dekad di negara tersebut, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacitanya sebaik menerima berita mengenai bencana yang melanda wilayah barat Colombia.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban serta menyampaikan simpati kepada semua yang terjejas akibat bencana tersebut.

“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Colombia dalam menghadapi saat yang sukar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia juga menghargai jasa anggota penyelamat dan sukarelawan yang terus berusaha mencari mangsa yang terselamat di tengah-tengah gegaran susulan yang masih berlaku.

“Kami juga mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih dan mereka yang masih hilang dapat ditemukan dengan selamat.

“Kami bersama masyarakat antarabangsa mendoakan agar rakyat Colombia diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi hari-hari mendatang,” katanya.

Colombia merekodkan gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud itu menggegarkan beberapa bandar di wilayah Colombia dan pantai Pasifik.

Bencana itu mengakibatkan kerajaan Colombia mengisytiharkan darurat semalam selepas gempa bumi kuat mengorbankan sekurang-kurangnya 164 orang dan merosakkan lebih 1,500 bangunan.

Setakat ini, lebih 570 dilaporkan cedera manakala jumlah mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan belum diketahui.

Terdahulu, Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean melaporkan bahawa gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Columbia.

Pakar seismologi Eropah kemudiannya menaikkan magnitud gempa itu kepada 7.4, manakala pakar Amerika Syarikat (AS) turut memberikan penilaian yang hampir sama.-UTUSAN

The post Gempa bumi Colombia: PM ucap takziah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved