Gempa Bumi Di Segamat, Orang Ramai Dinasihati Jauhi Struktur-struktur Yang Tidak Kukuh

LocalEnvironment
24 Aug 2025 • 10:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pagi tadi, negara dikejutkan dengan kejadian gegaran atau gempa bumi di Segamat, Johor.

Gempa bumi lemah 4.1 magnitud itu telah berlaku sekitar jam enam pagi di daerah tersebut. Selain itu, gegaran turut dirasai di kebanyakan kawasan di Johor, Melaka, Selatan Pahang dan Negeri Sembilan.

Menteri Besar Johor iaitu Datuk Onn Hafiz menerusi Facebook beliau menasihati orang ramai di negeri itu untuk menjauhi struktur-struktur yang tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa mengenai kejadian ini.

image is not available

Setakat ini, tiada kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat kejadian gegaran gempa bumi di Segamat itu.

Turut tular di media sosial adalah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian tersebut berlaku pada pagi tadi yang dikongsikan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut.

@bernamatvofficial

Gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 berkedalaman 10km telah berlaku di Segamat Johor, pada jam 6:13 pagi, 24 Ogos 2025 Menurut kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia pagi ini, gempa bumi itu dikesan pada koordinat 2.5° Utara dan 102.8° Timur, pada jarak 5km barat dari Segamat,Johor. Gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Video Awam digitalbernamatv gempabumi segamat johor

♬ original sound – Bernama TV – Bernama TV

Dalam rakaman CCTV itu, dapat dilihat pada jam 6.13 pagi, tiba-tiba berlaku gegaran sehingga menyebabkan bangunan rumah dan kereta bergegar.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.