Gempa bumi di Taiwan, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

18 Sep 2022 • 3:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 18 SEPT: Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter di Taiwan, pada jam 2.44 petang.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu direkodkan pada jarak 75 km Tenggara dari Chiayi, Taiwan.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sejak malam tadi, media melaporkan Taiwan mengalami beberapa siri gempa bumi di kawasan sama dengan kekuatan 6.5 dan 5.1 skala Ritcher.