
Tidak sampai dua jam Taiwan digegarkan dengan kejadian gempa bumi kuat pada sekitar 2 petang tadi, kini giliran Jepun pula menerima ‘kunjungan’ fenomena alam itu.
Seperti yang dilapor Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) tadi, satu kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 melanda Barat Daya Kepulauan Ryukyu, Jepun pada pukul 4.10 petang tadi.
Menerusi Met Malaysia di laman Twitter, pusat gempa itu terletak pada kedalaman 10 kilometer dalam.
Difahamkan, pusat gempa bumi yang berada di 26.0 darjah utara dan 125.9 darjah dari arah timur itu terletak sejauh 178 kilometer arah Barat dari wilayah Naha.
Walau bagaimanapun, setakat ini Met Malaysia melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi sederhana M5.8 berlaku di Barat Daya Kepulauan Ryukyu, Jepun pukul 4:10 ptg, 18 September 2022. Pusat GB terletak 26.0° U dan 125.9° T dengan kedalaman 10 km. 178km Barat dari Naha,Jepun. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/ZaNkHifJYI
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) September 18, 2022
Gempa bumi kuat landa Taiwan

Sebelum ini, Met Malaysia turut melaporkan satu gempa bumi berskala 6.6 magnitud yang direkodkan di Taiwan pada jam 2.44 petang hari ini.
Menurut Met Malaysia, pusat gempa itu terletak pada 23.2 darjah dari Utara dan 121.3 arah Timur dengan kedalaman 10 km.
Tambahan lagi, gegaran itu terletak 75 kilometer Tenggara dari Chiaya, Taiwan.
Bagaimanapun, tiada sebarang ancaman tsunami dikeluarkan oleh Met Malaysia setakat ini.
Sumber: Met Malaysia
The post Tak Sampai 2 Jam Taiwan Digegar Gempa Bumi, Kepulauan Jepun Pula ‘Bergegar’ Tadi appeared first on Siakap Keli.


