Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Filipina

26 Dec 2024 • 7:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Filipina

Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Mindanao, Filipina, pada jam 6:26 petang, hari ini.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 8.2° Utara dan 125.9° Timur, dengan magnitud 5.3 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 43 kilometer Barat dari Bislig, Filipina, dengan kedalaman 89 kilometer.

Setakat ini, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia.

https://www.facebook.com/share/p/1BFwYPnS5m/

Sumber: METMalaysia